Ikan masin Salmon, tarikan terbaharu di Malakat Mall

0
31
Hasan Basri atau Pak Abu menyusun ikan masin yang baru siap dijemur di Malakat Mall, Cyberjaya.

TERLALU kerap menikmati hidangan berasaskan daging sejak Aidiladha yang lalu? Apa kata tukar selera anda dengan sajian ikan Salmon.

Bukan ikan Salmon seperti yang biasa anda makan tapi yang telah dimasinkan. Itulah antara tarikan terbaharu pengunjung di Malakat Mall, Cyberjaya.

Penulis tidak pernah mencubanya tetapi seperti dapat membayangkan keunikan rasa lembut isi ikan itu jika digoreng ringkas. Atau mungkin dengan rasa lada hitam.

Menurut pengurus bahagian daging dan ikan Malakat Grocer, Hasan Basri Mohd Azaddin yang lebih mesra dengan panggilan Pak Abu, produk baharu itu dijual pada harga RM25 sekilogram.

Namun katanya, sambutan terhadap ikan masin Salmon sangat tinggi kerana tidak ramai yang pernah mencubanya.

“Ikan masin ini adalah produk Malakat Grocer yang kami hasilkan perap dan jemur sendiri. Jadi stok tidak sentiasa ada sebab ramai orang beli untuk cuba.

“Biasanya dalam seminggu hanya ada beberapa puluh kilogram sahaja, bergantung kepada stok yang kami ada,” katanya.

Kepala ikan tenggiri.

Menurut Pak Abu, selain ikan masin Salmon, pelanggan juga boleh mendapatkan beberapa jenis ikan masin lain antaranya terubok, tenggiri, bawal, cencaru, ikan merah, tenggiri dan cermin.

Beliau berkata, selain Salmon, ikan terubok juga menjadi antara yang banyak mendapat sambutan kerana sukar diperolehi.

“Sekarang tak perlu pergi atau kirim dari Sarawak, datang sahaja ke Malakat Mall, insyallah stok sentiasa ada untuk terubok masin,” katanya.

Menurut Pak Abu, sebagai pengenalan kepada barisan ‘produk in-house’ terbaharu itu, Malakat Grocer menawarkan semua ikan masin pada harga kira-kira 20 peratus lebih murah dari pasaran.

Harga bagi sekilogram terubok masin adalah RM20; tenggiri RM20; bawal RM18; cencaru RM18; cermin RM18; merah RM32 dan kepada tenggiri RM22.

Dihasilkan dengan tahap kebersihan yang terjamin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here