Influenza: Ibu mengandung, kanak-kanak lebih berisiko

0
34
Dr. Noor Hisyam Abdullah

CYBERJAYA – Sebanyak 69 peratus daripada hasil survelan virus respiratori dalam negara pada minggu epidemiologi ke 26 yang berakhir pada 2 Julai 2022 melibatkan virus Influenza A (H3).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisyam Abdullah berkata, 29 peratus daripadanya pula adalah jangkitan virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan penyakit Covid-19

“Kebanyakan simptom Influenza-Like-Illness (ILI) dan Covid-19 adalah sama termasuk selesema teruk serta demam secara tiba-tiba dan suhu tinggi melebihi 38 darjah Celsius.

“Manakala Covid-19 pula menyebabkan kehilangan deria rasa dan bau.

“Simptom-simptom di atas memerlukan penilaian klinikal pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan golongan ibu mengandung dan kanak-kanak mengambil langkah berjaga-jaga kerana berisiko mendapat jangkitan lebih teruk sekiranya dijangkiti influenza.

“Cara penularan penyakit ini adalah sama iaitu melalui titisan pernafasan semasa batuk atau bersin dan sentuhan tangan dengan barang yang dicemari oleh cecair dari hidung dan tekak.

“Amalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, cuci tangan dan jaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit-penyakit ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here