Isu wartawan bukan Islam masuki Mekah, polis tahan rakyat tempatan

0
65
Mekah semasa covid
Mekah

JEDDAH – Polis Mekah menahan seorang lelaki rakyat tempatan yang didakwa terlibat membantu seorang wartawan bukan Islam yang memegang kerakyatan Amerika Syarikat memasuki tanah suci Mekah.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan wartawan itu ialah Gil Tamary daripada saluran siaran bebas Israel, Channel 13.

GIL TAMARY

Jurucakap Polis Mekah dalam satu kenyataan berkata, siasatan mendapati mereka masuk dengan menggunakan laluan yang dikhaskan kepada orang Islam.

“Hal ini jelas melanggar undang-undang yang melarang kemasukan orang bukan Islam ke tanah suci Mekah,” kata jurucakap berkenaan kepada agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pihak polis Mekah turut menegaskan bahawa segala undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan Arab Saudi perlu dihormati dan dipatuhi oleh setiap pengunjung tanah suci, khususnya di Masjidil Haram di Mekah dan Madinah.

“Sebarang pelanggaran seperti ini dianggap sebagai jenayah yang tidak boleh diterima dan hukuman akan dikenakan terhadap pelaku jenayah berdasarkan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Kes wartawan itu telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here