Jadi mangsa buli siber, Cikgu Zack buat laporan polis

0
64
Cikgu Zack membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya semalam selepas menjadi mangsa buli siber

CYBERJAYA – Guru bahasa Melayu yang terkenal dalam aplikasi TikTok, Zack Kirana membuat laporan polis terhadap individu yang menghina dan mencercanya di media sosial, semalam.

Zack Kirana atau nama sebenarnya, Saliza Ibrahim berkata, tindakan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia cuba menjatuhkan maruahnya sebagai seorang pendidik.

“Apabila sudah hilang sabar. Saya telah membuat laporan polis terhadap individu yang telah menghina dan mencerca saya dengan kata-kata kesat di media sosial.

“Individu tersebut juga cuba menjatuhkan maruah saya sebagai seorang pendidik dan pendukung bahasa Melayu.

“Saya tidak akan berdiam diri. Saya anti buli, lebih-lebih lagi buli siber,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Instagram miliknya.

Baru-baru ini, Cikgu Zack menerusi video di TikTok menjelaskan ayat ‘denyut jantungku berdebar’ dalam lirik lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin itu adalah tidak tepat.

Menurut cikgu Zack, untuk jantung perkataan yang seharusnya digunakan adalah ‘degup’.

Bagaimanapun, teguran beliau itu tidak disokong oleh sesetengah pihak kerana karya sastera atau lagu dibenarkan menggunakan lesen puitika ketika berkarya dalam penulisan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here