Jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah

0
22
Idris Ahmad

MAKKAH- Seorang jemaah haji Malaysia berusia 62 tahun dilaporkan meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman yang teruk di Hospital King Faisal di sini pada 25 Jun lalu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad pada sidang media di bangunan Abraj Al Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat dan penginapan jemaah Malaysia, hari ini.

Menurut laporan Bernama, lelaki warga emas dari Kuala Nerang, Kedai itu meninggal dunia setelah dirujuk pakar kesihatan Lembaga Tabung Haji (TH).

Selain itu, Idris berkata setakat Sabtu (2 Julai) lepas seramai 13 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di Pusat Rawatan TH di Makkah manakala tiga lagi di Hospital Arab Saudi.

“Tabung Haji sentiasa prihatin dengan kebajikan setiap jemaah, terutama dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik,” katanya.

Selain itu, Idris mengingatkan jemaah haji supaya sentiasa mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi dan mengikut arahan petugas TH.

“Saya berharap semua jemaah haji Malaysia mengelakkan diri dari terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Kerajaan Malaysia dan TH sentiasa memantau dengan teliti berhubung perkara berkaitan isu keselamatan di Tanah Suci dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut menasihatkan jemaah haji supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu terdedah dengan cuaca panas yang boleh menyebabkan strok haba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here