Kanak-kanak ditemukan mati dijerut bukan mangsa dera

0
35

BATU PAHAT – Polis mengesahkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang ditemukan mati dengan kesan jerut di leher dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng, di sini pada Khamis lepas bukan mangsa penderaan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai kecederaan lampau pada badannya.

“Tiada tanda-tanda mangsa mengalami penderaan kerana tidak mempunyai kesan kecederaan lampau di tubuh badannya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Katanya lagi, berdasarkan siasatan, punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat dijerut di lehernya.

Beliau menambah, kes berkenaan masih dalam siasatan.

Kelmarin, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan sebagai berkata, polis menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 4.55 petang Khamis sebelum menahan ibu mangsa berusia 34 tahun bagi membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here