KDN lulus permohonan 12 warga Bangladesh dapat kerakyatan Malaysia

0
23
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri meluluskan sebanyak 12 daripada 55 permohonan warga Bangladesh yang memohon kerakyatan Malaysia setakat Jun lalu.

Permohonan itu dalam tempoh 12 tahun bermula 2010, yang mana setiap permohonan diluluskan mengikut Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu permohonan kewarganegaraan melalui penaturalisasian membabitkan individu berusia 21 tahun ke atas.

“Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan yang telah dimohon oleh warga Bangladesh dari 2010 hingga 30 Jun 2022 adalah sebanyak 55 permohonan.

“Daripada jumlah itu, seramai 12 pemohon telah dianugerahkan dengan taraf kewarganegaraan Malaysia,” menurut KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Jawapan itu bagi menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta perincian kriteria dan jumlah warganegara Bangladesh telah diberikan kerakyatan Malaysia antara 2010 hingga 2021.

Katanya, sebanyak tiga permohonan diluluskan pada 2010 serta tiga lagi permohonan diluluskan pada 2011, disusuli pada 2013 (satu), 2014 (dua), 2015 (dua) dan 2016 (satu).

Selepas 2016, tiada sebarang kelulusan permohonan kewarganegaraan Malaysia diluluskan kepada pemohon warga Bangladesh sehingga Jun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here