Kekurangan fizikal bukan penghalang hadir ke Hari Sukan Brainy Bunch 

0
13
Pelajar-pelajar Brainy Bunch sedang merentasi halangan sambil disaksikan ibu bapa mereka sempena  Hari Sukan Brainy Bunch di sini, hari ini. Kredit foto : Farid Janudin.

CYBERJAYA – Minggu ketiga acara Hari Sukan Brainy Bunch berlangsung penuh meriah dengan semua pelajar tanpa mengira latar belakang hadir dan diraikan di sini, hari ini.

Menurut Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim, beliau berasa sebak melihat ada dalam kalangan ibu-bapa yang sanggup mengangkat anak mereka walaupun anaknya tidak mampu berjalan dan berkerusi roda.

“Alhamdulillah tengok ayah dia bawa anak dia tak boleh jalan sebab anak dia naik kerusi roda dan hanya mengesot. Ini adalah momen yang luar biasa dan sangat memberi inspirasi.

“Bapa dia bawa dia, sangat memberi inspirasi kerana kita boleh lihat semangat ibu ayah kita macam mana,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Tambah beliau, yang juga dikenali sebagai Coach Fadzil, aspek nilai murni itu adalah antara perkara yang sering diterapkan di Sekolah Brainy Bunch.

Pelajar-pelajar Brainy Bunch sedang merentasi halangan sambil disaksikan ibu bapa mereka sempena  Hari Sukan Brainy Bunch di sini, hari ini. Kredit foto : Farid Janudin.

“Inilah yang kita terapkan dan cuba bawa di Brainy Bunch kita tidak menghakimi siapa-siapa dan kita juga berusaha untuk terima seberapa banyak pelajar yang kita boleh terima,” katanya.

Selain itu rata-rata ibu bapa menzahirkan rasa gembira antaranya, Shahrol amin 32, yang datang dari Ampang untuk menghantar anaknya menyertai hari sukan tersebut.

Shahrol Amin, 32, bapa kepada pelajar Brainy Bunch.
Kredit foto : Farid Janudin.

“Anak saya memang tertunggu-tunggu hari sukan ini dan dia pun tanya bila nak ada hari sukan lagi jadi hari ini memang teruja dapat datang,” katanya.

Sementara itu, Wan Norshahira Wan Azman 36, juga berasa teruja kerana ini merupakan kali pertama hari sukan diadakan selepas pandemik Covid-19.

Wan Norshahira Wan Azman 36, ibu kepada pelajar Brainy Bunch. Kredit foto : Farid Janudin.

“Hari ini saya rasa teruja sebab dapat bawa anak-anak ke acara ini sebab mereka pun dapat jumpa kawan-kawan dan meriah sangat,” katanya.

Hari Sukan Brainy Bunch yang buat julung kalinya mengangkat konsep pahlawan serta perlumbaan merentasi halangan itu turut dihadiri lebih 5,000 pelajar bersama ibu bapa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here