Kelab ini wajib ditutup terus! – Asyraf Wajdi

0
26
ASYRAF WAJDI

CYBERJAYA – Pemuda UMNO tetap berpendirian Crackhouse Comedy Club perlu ditutup terus.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan kelab itu membenarkan siri-siri lawak jenaka dan komedi yang menyindir, meremeh dan memperlekeh Islam dan secara halus juga mempersendakan kaum tertentu secara berterusan diadakan melalui pentas, wajib dihentikan.

“Apakah kita rela kesucian agama Islam dipersendakan sewenangnya atas nama hiburan, kebebasan bersuara ataupun seni jenaka?

“Apa keperluan buat perbandingan dangkal dengan mengaitkan dan disamakan pula dengan pendekatan ceramah agama?” kata Asyraf Wajdi dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Isu kelab berkenaan mula tercetus apabila satu video yang memaparkan seorang wanita bertudung dan mengaku menghafaz 15 juzuk Al-Quran, membuka tudung dan pakaiannya di khalayak, menjadi tular di media sosial.

Suspek, Siti Amira Abdullah telah dihadapkan ke mahkamah semalam dan dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut bertindak menggantung operasi kelab tersebut dan siasatan mendapati ia hanya memounyai kebenaran operasi sebagai sebuah restoren dan jualan minuman keras dan bukannya sebagai pusat hiburan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here