Kelab Komedi Crackhouse beroperasi tanpa lesen hiburan

0
54
Kelab Komedi Crackhouse yang menjadi tuan rumah kepada persembahan komedi yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

CYBERJAYA – Operasi Kelab Komedi Crackhouse yang digantung selepas menganjurkan persembahan jenaka kontroversi baru-baru ini didapati tidak mempunyai sebarang lesen hiburan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias yang berkata, premis yang beralamat di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) itu hanya diluluskan beroperasi pada 2018 sebagai restoran dan jualan minuman keras.

“Ia masih sah hingga kini namun premis berkenaan tiada lesen hiburan, padahal pengusaha seumpama itu perlu ada lesen hiburan terlebih dahulu sebelum beroperasi.

“Premis itu didapati telah beroperasi tanpa lesen sejak 2014 hingga 2017, malah pengusaha juga gagal mematuhi pelbagai keperluan ditetapkan setiap kali permohonan dibuat,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian merujuk tindakan penggantungan sementara operasi kelab itu yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad lalu susulan isu tular persembahan komedi mempersendanakan Islam.

Jalaluddin berkata, DBKL akan terus mempergiatkan operasi bagi mengekang aktiviti haram dan pelanggaran undang-undang di premis hiburan sekitar Kuala Lumpur sepanjang masa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here