Kelab Komedi Crackhouse jadi sasaran simbahan cat 

0
46
Keadaan Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang telah disimbah dengan cat bewarna merah dan hitam oleh orang yang tidak dikenali awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini telah disimbah dengan cat bewarna merah dan hitam oleh orang yang tidak dikenali awal pagi tadi.

Sumber berkata, kejadian itu disedari selepas pihak polis menerima panggilan berhubung insiden berkenaan daripada orang awam pada jam 7 pagi hari ini.

“Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi tadi apabila dua individu tidak dikenali menyimbah premis berkenaan dengan cat berwarna merah dan hitam,” katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Malakat Tribune, dua buah premis berhampiran kelab itu turut menjadi mangsa

Keadaan Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang telah disimbah dengan cat bewarna merah dan hitam oleh orang yang tidak dikenali awal pagi tadi.

Sebuah restoran makanan yang terletak di bawah kelab berkenaan dan Hong Leong Bank di sebelah kanan kelab itu turut terkena cat yang disimbah.

Terdahulu, media melaporkan Siti Nuramira Abdullah, 26, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di kelab komedi berkenaan pada 4 Jun lalu.

Selain wanita itu turut disoal siasat ialah pemilik kelab komedi itu selepas tular video dia turut mempersenda bangsa Melayu dan Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here