Kementerian Luar nasihat rakyat Malaysia tangguhkan perjalanan ke Sri Lanka

0
27
Penunjuk perasaan menyerbu kediaman Presiden Sri Lanka semalam susulan keadaan ekonomi yang meruncing di negara tersebut.

CYBERJAYA – Kementerian Luar memantau rapat perkembangan di Sri Lanka berikutan pergolakan akibat krisis kewangan di negara tersebut.

Menurutnya dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo telah menghubungi semua rakyat Malaysia yang berdaftar di Sri Lanka bagi memastikan keselamatan mereka dan
memberikan bantuan konsular, sekiranya diperlukan.

“Kementerian Luar menyeru kepada rakyat Malaysia di Sri Lanka yang masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi untuk segera berbuat demikian.

“Ini bagi memudahkan Suruhanjaya Tinggi untuk menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya, sekiranya diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, rakyat Malaysia di Sri Lanka dinasihatkan supaya memberi perhatian sepenuhnya kepada keselamatan mereka dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia yang ingin melawat Sri Lanka dinasihatkan untuk menangguhkan
perjalanan yang tidak penting buat masa ini.

Katanya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Suruhanjaya Tinggi di alamat 45, Rosmead Place, Colombo 07, Sri Lanka atau menghubungi di talian +94774830103 atau emel [email protected]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here