Kenduri Durian di Malakat Mall bermula hari ini sehingga Ahad 

0
36
Program Kenduri Durian yang diadakan di Malakat Mall bermula hari ini sehingga Ahad.

CYBERJAYA – Kegilaan rakyat Malaysia terhadap buah durian merupakan fenomena biasa yang berlaku saban tahun apabila tiba musimnya.

Dengan berkonsepkan makan di ruangan terbuka, Malakat Mall bakal menganjurkan Program Kendurian (Kenduri Durian) bertempat di Malakat Square bermula hari ini sehingga Ahad dari jam 3 petang hingga 11 malam.

Menurut seorang peniaga durian yang berniaga di sini, Ramadan Abdul Rauf, antara jenis durian yang bakal dijual adalah IOI, D24, Udang Merah dan sudah semestinya Musang King.

“Saya akan buka gerai di Malakat Mall di sini bermula hari ini hingga Ahad dari jam 12 tengah hari hingga 11 malam.

“Durian ni ada yang dari Pagoh, Johor dan ada juga yang saya ambil dari Raub, Pahang,” katanya kepada Malakat Tribune.

Mengulas lanjut mengenai harga durian yang ditawarkan, dia berkata, harga istimewa bakal diberikan pada hari Sabtu dan Ahad ini.

“Hari ini saya bawa sikit sahaja durian, esok dan Ahad insya-Allah saya akan bawa lebih banyak lagi jenis durian dan harga akan lagi murah,” ujarnya lagi.

Program Kendurian diadakan sempena Program Riuh dan Rancak (R&R) yang diadakan pada setiap Jumaat hingga Ahad setiap minggu.

Selain gerai durian, pelbagai makanan dan barangan turut dijual sepanjang program R&R berlangsung.

Antaranya gerai menjual pelbagai jenis cendol termasuk cendol durian, durian creepe, gerai otak-otak, sate, char kuehteow dan pelbagai lagi gerai makanan lain.

Suasana di perkarangan Malakat Square.

Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan  pula antaranya adalah busking, wayang pacak dan open mic karaoke.

Dalam pada itu, Malakat Mall juga mengalu-alukan kepada mereka yang mahu berniaga untuk hadir bagi memeriahkan program ini kerana tapak adalah percuma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here