Ibu Pejabat Quantum Metal di Pula

CYBERJAYA – Syarikat Quantum Metal Exchange Inc yang merupakan syarikat induk kepada Quantum Metal Sdn Bhd. tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan maklumat salah dan tidak benar mengenai syarikat itu.

Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan, pihaknya menerima maklumat terdapat laporan tidak tepat disebarkan melalui saluran komunikasi dalam talian berhubung dengan syarikat berkenaan.

Katanya, pihak syarikat mengambil serius semua penerbitan yang dianggap memfitnah reputasinya dan akan memastikan ia disiasat dengan teliti.

“Sila ambil perhatian, semua komunikasi dan maklumat rasmi yang berkaitan dengan syarikat diedarkan terus melalui saluran rasmi syarikat.

“Kami menghormati hak individu terhadap pendapat masing-masing, walau bagaimanapun syarikat tidak akan bertolak ansur dengan penerbitan yang disifatkan sebagai fitnah yang mana tujuannya adalah untuk mencemarkan reputasi syarikat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, pihak Quantum Metal berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pelaku yang dikenal pasti hasil daripada siasatan yang dilakukan dengan pasukan peguam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here