Keputusan penempatan guru kontrak boleh disemak mulai 3 petang hari ini – Radzi

0
27
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Keputusan penempatan bagi 2,611 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 lantikan secara Contract of Service (CoS) boleh disemak mulai jam 3 petang ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, semakan penempatan itu boleh dibuat melalui https://egraduan.moe.gov.my.

Beliau berkata, guru-guru tersebut akan melapor diri di sekolah masing-masing pada 25 Julai 2022.

“Penempatan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan pengambilan khas guru secara one-off yang telah dilantik dan ditempatkan di sekolah adalah seramai 16,381 orang.

“Sepertimana yang telah diarahkan, penempatan guru baharu ini telah mengambil kira permohonan pertukaran guru-guru yang memenuhi syarat pertukaran, khususnya kekosongan jawatan dan opsyen mata pelajaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Radzi berkata, pihaknya
akan sentiasa berikhtiar sehabis baik bagi memastikan perkara berkaitan pertukaran dan penempatan guru dapat dilaksanakan sebaiknya.

“Kepada guru-guru baharu, tahniah saya ucapkan. Laksanakan amanah dan berikan khidmat yang terbaik demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here