Kerajaan lantik Senator dalam kalangan belia

0
12
Ismail Sabri (kanan) bertemu beliau pada majlis Sambutan Hari Belia Negara 2022 (HBN) 2022 bertemakan ‘Ini Masa Kita’ di Tuaran hari ini.

TUARAN – Perdana Menteri hari ini mengumumkan akan melantik seorang senator dalam kalangan belia sebagai mengiktiraf kepentingan dan peranan golongan itu dalam pelbagai aspek pembangunan negara.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, golongan belia yang mewakili jumlah 15 juta daripada 32.7 juta populasi penuh penduduk negara ini merupakan tunjang yang menentukan hala tuju negara.

“Sememangnya angka ini sangat signifikan, sekali gus mempengaruhi setiap perancangan pembangunan negara. Oleh itu, aspirasi dan pandangan belia adalah penting bagi Kerajaan merangka hala tuju di masa hadapan.

“Apa yang dirancang hari ini, akan diwarisi oleh belia-belia Keluarga Malaysia generasi akan datang kerana ‘Belia pencetus revolusi masa depan negara,” pada majlis Sambutan Hari Belia Negara 2022 (HBN) 2022 bertemakan ‘Ini Masa Kita’ di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin.

Ismail Sabri (kanan) bertemu beliau pada majlis Sambutan Hari Belia Negara 2022 (HBN) 2022 bertemakan ‘Ini Masa Kita’ di Tuaran hari ini.

Ismail Sabri berkata, melalui Model Baharu Pembangunan Belia 2030 yang sedang dirangka oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kerajaan percaya akan dapat memperkasakan belia sebagai aset negara.

“Saya ada berbincang dengan YB Menteri Belia dan Sukan betapa pentingnya belia kepada negara, suara belia pasti didengari oleh kerajaan dan pandangan dihargai.

“Untuk itu, kerajaan bersetuju untuk melantik seorang senator dalam kalangan belia. Saya percaya dengan adanya wakil belia dalam Dewan Negara, suara belia akan lebih didengari,” katanya.

Ismail Sabri berkata, JBN adalah pengiktirafan kerajaan terhadap segala usaha dan kejayaan belia yang menjadi tunjang dalam pembangunan negara.

Pada masa yang sama, beliau berkata, kerajaan akan sentiasa memberikan perhatian kepada golongan belia di negara ini terutama di dalam aspek pembangunan ekonomi.

Perkara itu menurutnya dapat dilihat menerusi inisiatif kerajaan dalam membantu usahawan belia di bawah program seperti Program Young Entrepreneurship Engagement Talent (YOUNITY).

“Program Young Entrepreneurship Engagement Talent (YOUNITY) pula melahirkan usahawan francais atau pra-francais di bawah KUSKOP. Setakat ini ia telah menerima sebanyak 26 permohonan pembiayaan berjumlah RM4.31 juta sehingga akhir bulan lepas”, ujarnya.

Selain itu, Program Agropreneur Muda di bawah kerajaan sebelum ini juga menurut Perdana Menteri telah berjaya membantu seramai 8,000 usahawan muda.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), semua kementerian dan agensi masing-masing turut menyediakan pelbagai program yang melibatkan golongan belia agar mereka dapat terus memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Sementara itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan Program Bank Rakyat UNIpreneur yang melibatkan 500 mahasiswa daripada setiap 25 buah universiti awam dan swasta mulai bulan ini.

Penglibatan belia dalam sektor agromakanan akan diperkasa melalui pelaksanaan program Agro Job Fair @ MAHA 2022 pada bulan hadapan yang menawarkan 5,000 peluang pekerjaan oleh syarikat-syarikat yang menyertai.

Selain itu, Program Agropreneur Muda di bawah kerajaan sebelum ini juga menurut Perdana Menteri telah berjaya membantu seramai 8,000 usahawan muda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here