Kertas siasatan penceramah bebas diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya esok

0
18

PUTRAJAYA – Polis akan menyerahkan kertas siasatan terhadap seorang penceramah bebas yang didakwa merogol seorang remaja berumur 14 tahun kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya esok, untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata,setakat ini siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Ada sedikit lagi kenyataan yang perlu kita kumpul tetapi saya percaya esok kita boleh rujuk kertas siasatan ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya kepada pemberita selepas menutup Latihan Dalam Perkhidmatan Pengenalan dan Pengendalian Bot Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Penceramah tersebut ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor pada 18 Julai lepas itu, kini direman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur selama empat hari bermula Ahad lalu.

Kes itu diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur pada 23 Julai lepas untuk siasatan lanjut berhubung kejadian rogol yang dilaporkan turut berlaku di Kuala Lumpur.

Media sebelum ini melaporkan terdapat empat laporan polis berhubung kes berkenaan iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here