Ketua Cabang PKR Ampang: Hans Isaac tewaskan Altimet hanya dengan 2 undi 

0
20
Datuk Hans Isaac.

KUALA LUMPUR: Datuk Hans Isaac memenangi jawatan Ketua PKR Cabang Ampang mengenepikan seorang lagi selebriti terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 43, atau Altimet dengan perbezaan dua undi selepas pemilihan semula diadakan pada Rabu lalu.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, berkata, keputusan pemilihan sangat sengit selepas 150 lebih undi ragu telah dibuka dan keputusan telah bepihak kepada beliau.

“Kemenangan ini bukan kepada saya sahaja, tetapi juga kepada ranting dan kakitangan pasukan saya yang bertungkus lumus menggerakan kemenangan ini.

“Mandat saya bermula 17 Julai tetapi buat masa ini persiapan saya untuk mengambil tugas ini perlu sedikit masa.

“Paling penting, sudah pasti saya berterima kasih kepada akar umbi ahli parti yang sokong kami dan yang tidak sokong kami, itu adalah demokrasi yang kita amalkan sebab semua penyokong kita harus hormati,” katanya.

Selain itu, beliau juga yakin mampu menggalas tugas sebagai Ketua Cabang PKR Ampang kerana berpengalaman sebagai ahli korporat sebelum ini.

Terdahulu, pemilihan semula telah diadakan di bahagian PKR Ampang selepas keputusan pemilihan bahagian dibatalkan berikutan dakwaan ketua bahagian yang baharu dipilih terlibat dalam pembelian undi.

Dalam pengiraan undi terbaharu, berdasarkan keputusan di laman web Pemilihan PKR 2022, Hans Isaac, 51, berjaya memperolehi 748 undi menewaskan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 43, dengan perbezaan dua undi apabila menyaksikan penyanyi rap itu meraih 746 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here