Ketua Penerangan UMNO nafi terima dana RM1.162 juta dari UKSB

0
22
Shahril Hamdan

CYBERJAYA – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menafikan menerima sejumlah RM1.162 juta dari Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Katanya, beliau juga bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung perkara itu sekiranya diminta berbuat demikian.

“Saya menegaskan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, dalam perbicaraan melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, seorang pemimpin UMNO dan dua bekas menteri MCA menerima hampir RM10 juta derma politik daripada UKSB.

Bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan memberi keterangan bahawa Shahril menerima sejumlah RM1.162 juta, seperti yang dinyatakan dalam lejar.

Sementara itu, Shahril juga menegaskan tidak mempunyai maklumat mengenai nama yang tertera dalam buku lejar itu.

“Malah, saya juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan lejar yg kononnya mengandungi nama ‘S Pat’ mahupun kandungan lejar tersebut,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here