Khalid Ibrahim masih dirawat, berita kematian adalah palsu

0
27
Abdul Khalid Ibrahim

CYBERJAYA – Berita yang mendakwa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia pada adalah berita palsu.

Berita itu dinafikan oleh pentadbir laman Facebook rasmi Abdul Khalid Ibrahim malam tadi dalam satu kenyataan.

“Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim masih menerima rawatan di Hospital. Justeru, berita yang tersebar deras awal malam ini bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meninggal dunia adalah TIDAK BENAR.

“Mohon dihentikan sebarang sebaran berita tidak benar bagi menjaga sensitiviti keluarga yang sememangnya sedang berhadapan dengan situasi sukar.

“Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan buat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” menurut kenyataan itu.

Minggu lalu, Abdul Khalid ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu negara.

Perkara itu dimaklumkan dalam laman Facebook rasminya pada Sabtu dan difahamkan, keadaan Abdul Khalid ketika itu sangat sensitif terhadap persekitaran luar.

Ia menyebabkan pihak hospital mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta mengehadkan jumlah pelawat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here