Khalid Ibrahim meninggal dunia pada usia 76 tahun

0
175
Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim

CYBERJAYA – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh pengendali laman Facebook milik Allahyarham sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur. Allahyarham dengan tenang dan disaksikan oleh semua ahli keluarganya.

“Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April yang lalu akibat jangkitan pada injap jantung. Beliau meninggalkan seorang isteri, empat orang anak dan dua orang cucu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu,
jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

“Sejurus usai di Masjid Umar Al Khattab jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

“Atas titah dan limpah kurnia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here