KLCC blackout, TNB mohon maaf

0
95
Keadaan blackout di dalam KLCC

KUALA LUMPUR – Pusat beli belah terkenal, Suria KLCC difahamkan mengalami masalah gangguan bekalan elektrik sehingga menjejaskan operasinya hari ini.

Semakan Malakat Tribune menerusi laman media sosial mendapati warga maya berkongsi pengalaman mengalami situasi berkenaan.

“Katanya banyak area KL blackout ni sekarang?

“Satu Malaysia blackout ke macam mana ni,” tulis beberapa netizen dalam laman sosial.

“Dah lama tak turun KLCC, tengah selfie tiba-tiba KLCC blackout,” tulis seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memohon maaf atas gangguan yang berlaku.

“Pelanggan yang dihormati, ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” ujar TNB menerusi Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here