Kosas sasar 100 cawangan Richiamo Coffee dalam tempoh tiga tahun

0
67
Tan Sri Noh Omar menyampaikan surat tawaran kepada koperasi yang berminat membuka perniagaan Richiamo Coffee

PETALING JAYA – Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor (Kosas) merancang untuk membuka 100 cawangan Richiamo Coffee di seluruh negara menjelang tiga tahun akan datang.

Kosas yang dilantik sebagai Master Lisencee bagi segmen koperasi oleh Richiamo Coffee mensasarkan jumlah tersebut akan dikendalikan oleh koperasi-koperasi yang berminat menjalankan perniagaan kedai kopi.

Pengerusi Kosas, Datuk Mohd Aini Mohd Taib berkata, Kosas melihat potensi untuk berkembang perniagaan kedai kopi ini amat luas ditambah dengan bantuan dari kerajaan terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

“Bayangkan ketika ini jumlah keseluruhan koperasi di seluruh negara lebih kurang 14,000 buah, Kosas menawarkan satu sumber pendapatan baru untuk mereka ini dengan tawaran yang amat berbaloi.

“Untuk menjalankan perniagaan kedai kopi ini, koperasi tidak perlu mengeluarkan modal kerana SKM memberi geran RM200,000 manakala RM100,000 lagi boleh dapatkan pinjaman,” katanya.

Pelantikan Kosas sebagai Master Lisencee itu adalah bagi meneroka peluang perniagaan untuk koperasi-koperasi yang berminat untuk membuka perniagaan Richiamo Coffee sebagai sumber pendapatan kepada para ahli mereka.

Jumlah koperasi tersebut meliputi koperasi-koperasi sekolah, koperasi pertubuhan, koperasi keluarga, koperasi kakitangan awam dan swasta dan lain-lain.

Mohd Aini berkata, bagi memudahkan pembukaan Richiamo Coffee oleh koperasi-koperasi ini, Kosas akan membuka jalan dengan memberi bantuan khidmat nasihat serta bantuan kewangan dari SKM dan juga Bank Rakyat.

Di majlis tersebut, Kosas turut menyampaikan surat tawaran kepada lima koperasi untuk menjalankan perniagaan Richiamo Coffee.

Di majlis yang sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar turut merasmikan cawangan Richiamo Coffee di Kelana Jaya yang dimiliki oleh Kosas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here