Lagi kes hina Islam, lelaki ditahan di Kelantan 

0
147
Lelaki hina Islam ditahan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 11.30 pagi tadi.

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui hantaran video di media sosial, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek ditahan ketika serbuan dilakukan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 11.30 pagi tadi.

“Serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan pada 9.15 pagi tadi berhubung seorang individu yang menghina agama Islam melalui satu klip video.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis methaphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada hari esok.

Terdahulu tular satu video berdurasi 4 minit 13 saat itu, memaparkan seorang lelaki meludah sambil menghina Islam dan Nabi Muhammad dengan kata-kata yang kesat.

Dalam pada itu, dia juga seolah-olah mencabar, dan turut menjemput mana-mana orang untuk berjumpa denganya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here