Lagi kes tembakan rambang di AS, tiga terbunuh

0
23
Keadaan di lokasi kejadian yang dipenuhi dengan kenderaan polis dan petugas kecemasan.

GREENWOOD, Indianapolis – Tiga mangsa terbunuh manakala dua lagi cedera akibat ditembak seorang lelaki dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di selatan bandar raya Indianapolis, pada Ahad (waktu tempatan).

Ketua Polis Greenwood, Jim Ison berkata, suspek memasuki Greenwood Park Mall dengan senjata raifal dan peluru lalu melepaskan tembakan secara rambang di medan selera.

Menurutnya, seorang orang awam yang bersenjata kemudian membunuh penembak tersebut.

Secara keseluruhan, empat orang terbunuh dan dua lagi cedera.

Anggota-anggota pihak berkuasa menggeledah pusat beli-belah untuk mencari mangsa lain tetapi mereka percaya kejadian tembakan itu hanya berlaku di medan selera.

Dalam pada itu polis merampas sebuah beg galas mencurigakan yang berada di dalam bilik mandi berhampiran medan selera itu, kata Ison.

Polis Metropolitan Indianapolis dan beberapa agensi lain sedang membantu dalam penyiasatan kejadian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here