Laporan polis besar-besaran terhadap Najib esok – arah Rafizi kepada cabang PKR

0
95
Rafizi Ramli

CYBERJAYA – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengarahkan cabang dan pemimpin parti itu di seluruh negara membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

Rafizi berkata, beliau sendiri akan membuat laporan polis di Balai Polis Setiawangsa bersama-sama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pada pukul 11 pagi esok.

Beliau berkata, laporan polis itu akan dibuat terhadap kecuaian Najib semasa menjadi Perdana Menteri sehingga membawa kepada tuntutan waris Sulu terhadap Sabah.

“Dengan ini, saya telah meminta cabang-cabang dan pimpinan PKR seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap kecuaian Najib semasa menjadi Perdana Menteri sehingga membawa kepada tuntutan waris Sulu.

“Saya juga memanjangkan jemputan kepada aktivis akar umbi Amanah dan DAP di seluruh negara untuk bersama-sama dengan PKR menyertai siri laporan polis,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Dalam hantaran itu, Rafizi turut menunjukkan panduan kepada ahli parti itu untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, katanya, hari Selasa dipilih untuk mengingatkan Najib megenai janjinya untuk menyaman Wall Street Journal mengenai skandal 1MDB pada hari Selasa.

Bagaimanapun, katanya, saman itu tidak pernah berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here