Lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar semula dari Malaysia

0
55

KUALA LUMPUR – Lebih daripada 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh antara 2018 hingga 2021.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Namun, jumlah warga China yang keluar dari Malaysia bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

“Berdasarkan rekod JIM, ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh 2018 hingga 2021 seramai 7,177,043 orang,sementara, pelepasan warga China yang keluar dari negara pada 2018 hingga 2021 adalah seramai 5,954,765 orang,” kata kementerian tersebut dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Kenyataan bertulis itu adalah bagi bagi menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (Bersatu-Tasek Gelugor) yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari Malaysia antara 2018 hingga 2021, serta jumlah yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menetap di negara ini.

Mengulas lanjut, KDN memaklumkan, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan seramai 2,960 wanita warga China direkodkan berkahwin dengan lelaki tempatan bagi tempoh 2018 hingga 2021.

“Seksyen 27 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) menyatakan, perkahwinan bagi tiap-tiap orang yang bermastautin secara biasanya di Malaysia bagi setiap individu yang bermastautin di luar negara adalah seorang warganegara atau berdomisil di Malaysia selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah didaftarkan menurut akta ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here