Lebih 1.5 juta kenderaan dijangka gunakan lebuh raya KL – Karak sempena Aidiladha

0
9
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sempena sambutan Aidiladha hujung minggu ini, sebanyak 1,648,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) manakala 704,000 kenderaan lagi di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) bermula 8 hingga 11 Julai ini.

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, sebagai persediaan, pihaknya telah menambah bilangan anggota bertugas sebagai persediaan pengaktifan lorong-lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik.

“Selain itu ia membantu melancarkan aliran di lebuh raya dan mempertingkatkan tahap persediaan di semua fasiliti termasuk menjamin tahap kebersihan terbaik di semua Hentian Sebelah dan kawasan Rehat dan Rawat (RnR),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan trend hujung minggu yang stabil sejak awal tahun ini, purata harian hujung minggu bagi Lebuhraya KLK adalah sebanyak 161,000 kenderaan manakala jumlah kenderaan di LPT1 pula direkodkan sebanyak 65,000 kenderaan.

Kata Radzimah, pihaknya percaya pengguna lebuh raya kini lebih cakna dengan persediaan yang diperlukan bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa dan selamat menjelang Aidiladha tahun ini.

Menurutnya, Aidiladha ini adalah kali ketiga rakyat Malaysia berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing sejak negara memasuki fasa endemik.

“Sungguhpun begitu, demi meningkatkan komitmen kami dalam menjamin keselesaan semua, Jadual Cadangan Perjalanan (TTA) tetap dikeluarkan sebagai peringatan di setiap musim perayaan.

Untuk maklumat tepat dan terkini Lebuhraya KLK dan LPT1, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan [email protected] Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT – Line di 1-700-818-700.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here