Lebih 10,000 dijangka sertai program berjalan bersama PM Sabtu ini

0
27
Program ‘Berjalan Teguh Bersama’ bersama Perdana Menteri Sabtu ini.

CYBERJAYA – Lebih 11,000 peserta mengesahkan penyertaan dalam program ‘Berjalan Teguh Bersama’ bersama Perdana Menteri yang diadakan sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Dataran Putrajaya, Sabtu ini.

Program berjalan kaki sejauh 2.7 kilometer (km) sekitar Putrajaya itu akan sempurnakan dan disertai sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Laluan sejauh 2.7 kilometer itu bermula Dataran Putrajaya menuju ke check point (tempat pemeriksaan) pertama iaitu Pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan, kemudian ke Monumen Alaf Baru seterusnya ke Jabatan Pendaftaran Negara dan berakhir di Istana Kehakiman Putrajaya.

Selain program itu, pelbagai aktiviti menarik akan disediakan di setiap tempat pemeriksaan program berkenaan termasuk cabutan bertuah, persembahan muzik, persembahan irama Borneo dan persembahan pancaragam sekolah.

Program ‘Berjalan Teguh Bersama’ tersebut berkonsepkan aktiviti berjalan secara santai bersama keluarga yang membawa mesej semangat perpaduan dan juga kebersamaan rakyat Malaysia sebagai ‘Keluarga Malaysia’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here