Lelaki hina Islam, Nabi Muhammad ditahan polis

0
601

CYBERJAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini dikatakan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad dalam satu video tular sudah ditahan pihak polis, tengah hari tadi.

Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

“Suspek berusia 39 tahun telah ditahan di sebuah rumah di Batu 8, Bukit Kuchai di Puchong oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Siasatan dijalankan oleh mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” kata Anbalagan menerusi satu mesej ringkas.

Sebelum ditahan, lelaki itu dipercayai telah dibelasah oleh beberapa individu yang berang dengan perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu.

Tangkap layar sebuah video menunjukkan lelaki itu dibawa individu dipercayai polis dalam keadaan bergari.

Menerusi video itu kelihatan lelaki terbabit mengalami pendarahan di bahagian muka.

Turut kedengaran beberapa suara individu memberi amaran supaya dia tidak mengulangi perbuatannya itu lagi.

Mereka juga menasihatkan lelaki itu pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Sekarang kau pergi balai dan cakap dengan polis apa yang kau dah buat. Jangan buat main agama, kau orang apa? Siapa yang ada kat rumah kau?” soal kumpulan berkenaan namun tidak dijawab.

Dalam video penjelasannya selepas kejadian itu, lelaki itu mengakui dia tidak patut berbuat demikian dan berharap pengajaran yang diperolehinya itu sudah menyelesaikan segalanya.

“Salam sejahtera dan apa khabar. Apa-apa yang berlaku saya minta maaf. Tengok, dah teruk saya kena ni. Saya tak salahkan mereka-mereka (yang memukul) itu semua. Saya faham, sebenarnya saya nak tunjuk tak sepatutnya saya buat macam tu. So, korang yang di luar itu janganlah buat macam ini lagi ye. Saya nak gerak dulu. Settle la ye,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here