Lelaki hina Islam, Nabi Muhammad direman empat hari bermula hari ini 

0
30
Suspek mencabar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumpa dengannya selain mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad dalam satu rakaman video yang tular semalam.

SEPANG – Mahkamah Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan perintah reman selama empat hari terhadap suspek kes hina Islam dan Nabi Muhammad yang ditangkap pihak polis semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, lelaki berusia 39 tahun itu direman hingga Khamis ini di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Perintah reman selama empat hari dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Lumpur bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Polis turut merampas satu telefon bimbit yang digunakan oleh suspek bagi merakam video itu untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular satu video berdurasi 36 saat menunjukkan seorang lelaki menghina Islam dan Nabi Muhammad di media sosial.

Menerusi rakaman video itu, dia seolah mencabar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumpa dengannya selain mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here