LHDN Keningau korban 4 ekor lembu, beri sumbangan kepada 20 orang asnaf 

0
172
Mohamad Zain Mohamad Said menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Surau An-Nur Kampung Bandukan Baru, Keningau yang diterima oleh Pengerusinya, Herman Haji Salim sambil disaksikan oleh Pengarah LHDN Cawangan Kuala Lumpur Bandar, Bacho Abdul Karim,(nombor 1 dari kanan) dan Pengarah LHDN Cawangan Keningau, Mazlan Malakat (nombor 3 dari kiri).

KENINGAU – Sebanyak empat ekor lembu dikorbankan dalam Program Ibadah Korban dan Program tanggungjawab sosial (CSR) anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Keningau sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sini, hari ini.

Menurut Pengarah Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPNWPKL), Mohamad Zain Mohamad Said, seramai 60 orang warga kerja LHDN dengan kerjasama Jawatankuasa Surau An-Nur Kampung Bandukan Baru Keningau terlibat dalam program ini.

“Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara LHDN dengan penduduk setempat serta melahirkan warga kerja yang prihatin kepada masyarakat.

“Penganjuran program murni ini merupakan antara salah satu inisiatif tahunan LHDN dalam menyantuni serta membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Penyerahan bakul makanan dan sumbangan wang tunai kepada asnaf di kawasan daerah Keningau, Sabah.

“Bertepatan dengan semangat sambutan Hari Raya Aidiladha, umat Islam digalakkan bersedekah serta memuliakan golongan yang memerlukan,” katanya.

Yang hadir sama, Pengarah LHDN Cawangan Kuala Lumpur, Bacho Abdul Karim; Timbalan Pengarah LHDN Cawangan Keningau, Alexander Iskandar Tanggang Mahmud dan Pengerusi Surau An-Nur Kampung Bandukan Baru Keningau, Herman Salim.

Dalam pada itu, selain agihan daging korban, penyerahan bakul makanan dan wang tunai juga telah disumbangkan oleh kepada 20 orang asnaf yang dipilih bagi program ini.

“LHDN berharap sumbangan yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu pihak surau An-Nur Kampung Bandukan Baru dalam menambah baik keperluan sedia ada selain membantu mengimarahkan surau berkenaan,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here