MAIWP salur bantuan RM1.062 juta kepada mangsa banjir Baling

0
9
Bantuan daripada dana zakat sebanyak RM270,000 disediakan kepada tiga pemilik rumah yang terjejas teruk.

CYBERJAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan bantuan berjumlah RM1.062 juta bagi meringankan beban mangsa banjir di Baling, Kedah.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, bantuan melibatkan dana zakat itu akan disalurkan menerusi Yayasan Taqwa MAIWP dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah.

“Bantuan ini meliputi bantuan bina rumah sebanyak RM270,000 bagi tiga rumah yang terjejas teruk dan tunai RM1,000 berjumlah RM672,000 kepada 672 ketua keluarga terlibat banjir berkenaan.

“Selain itu bantuan baiki dan penggantian perabot yang rosak sebanyak RM70,000 kepada Sekolah Menengah Agama Yayasan Al-Khairiah; serta bantuan baiki dan penggantian peralatan masjid dan surau yang terjejas sebanyak RM50,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Daud berkata MAIWP berharap bantuan itu dapat meringankan beban dan memberikan sedikit kelegaan kepada mangsa banjir menjelang Aidiladha yang bakal menjelang tiba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here