Malakat Express bawa konsep “Family Mart” dibuka Jumaat ini di TBS 

0
29
Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim

CYBERJAYA –  Kumpulan Malakat Eco bakal melancarkan sebuah kedai serbaneka serbaguna yang diberi nama Malakat Express di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan, Jumaat ini.

Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim, kedai serbaneka itu bakal menampilkan konsep yang diinspirasikan daripada kedai serbaneka terkenal iaitu Family Mart.

“Walaupun gerai yang bakal dibuka kecil sedikit daripada yang sebelum ini tetapi kami bakal memberikan satu konsep kedai serbaneka yang sangat menarik kepada masyarakat.

“Untuk pembukaan nanti kita akan ada bermacam-macam barangan runcit dan bukan itu sahaja kita ada juga Red Hot (hot dog), Tea Amo dan juga Oden.

“Saya sangat berpuas hati dengan lokasi Malakat Express yang baharu ini kerana lokasi yang sekarang ini sangat-sangat strategik kerana berdekatan dengan stesen LRT BTS,” katanya kepada Malakat Tribune di sini, hari ini.

Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim di Malakat Express bertempat di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, sekiranya sambutan daripada orang ramai menggalakkan, Malakat Express akan dikembangkan lagi ke lokasi-lokasi terpilih.

“Kita tengok respon orang macam mana, dengan sambutan yang baik daripada orang ramai, kami akan buat lebih banyak Malakat Express seperti di dalam universiti, stesen bas dan tempat-tempat lain yang menjadi tumpuan orang ramai,” ujarnya lagi.

Menyentuh mengenai program
Duta Malakat, Coach Fadzil, yang juga merupakan Pengasas Malakat Mall, berkata, orang ramai juga boleh mendapat manfaat dengan berbelanja di Malakat Express.

“Untuk Program Duta Malakat orang ramai boleh berbelanja dan ajak orang lain juga untuk berbelanja di seluruh gerai di bawah Malakat termasuk Malakat Express,” jelas beliau.

Program Duta Malakat adalah satu program berkonsepkan perkongsian kekayaan yang mana pembeli bukan sahaja akan mendapat komisen daripada pembelian sendiri malah mendapat ganjaran daripada pembelian orang lain yang diajak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here