Malakat Express kini di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan

0
48
Outlet kedua Malakat Xpress yang kini beroperasi di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Malakat Eco hari ini melancarkan outlet kedua Malakat Express yang beroperasi di pintu masuk utama Stesen LRT Bandar Tasik Selatan bersebelahan dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini.

Sempena pra perasmian itu, kedai serbaneka berkonsepkan Family Mart itu menawarkan pelbagai promosi istimewa kepada pelanggan.

Pengurus Malakat Express, Noriqbalhan Nordin berkata, Malakat Express menawarkan pelbagai produk runcit, makanan panas dan sejuk daripada jenama seperti Tea Amo, Red Hots, Malakat RTE dan Daily Fresh.

“Syukur Alhamdulillah pada hari ini selepas waktu solat Jumaat kami mula membuka pintu kepada para pelanggan.

“Kami berharap orang ramai dapat sama-sama menyokong perniagaan dan perjuangan kami Kumpulan Malakat dalam membina ekosistem ekonomi Islam,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune di sini petang ini.

Noriqbalhan Nordin

Noriqbalhan berkata, selain 35 produk berasaskan tea boba dan taufa dari Tea Amo, pelanggan juga berpeluang menikmati keenakan sajian Korea iaitu Oden.

“Antara pilihan dalam set Oden ini adalah Skewer King Crab, Skewer Seawood Tofu, Fried Fish Ball, Cuttlefish Ball, Prawn Ball, Lobster Ball dan Chicken Ball dengan perisa TomYam dan Ayam.

“Fresh Daily pula menawarkan pelbagai jenis sandwich dan kek seperti kek Red Velvet, Burnt Cheese, Coklat Almond dan banyak lagi,” katanya.

Antara minuman keluaran Tea Amo yang terdapat di Malakat Express.
Produk RTE keluaran Kumpulan Malakat Eco.

Bagi produk Malakat RTE (Ready To Eat) pula, pelanggan boleh mendapatkan 6 jenis lauk iaitu Ayam Masak Lemak Cili Api, Kurma Ayam, Kari Ayam Masyur. Ayam Masak Merah, Rendang Ayam dan Rendang Daging.

“Yang terakhir dan paling menarik adalah promosi ‘Beli Dua Percuma Satu’ bagi produk Tea Amo dan percuma aiskrim bagi setiap pembelian barang,” katanya.

Malakat Express beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here