Mangsa penipuan haji furuda kecewa, malu pulang ke kampung halaman 

0
106
Antara sebilangan bakal jemaah haji yang masih berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

SEPANG – Seramai 28 orang mangsa penipuan haji oleh sebuah syarikat agensi pelancongan yang terkandas sejak malam tadi masih belum pulang dan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Menurut salah seorang anggota polis yang sempat ditemu ramah di balai pelepasan KLIA berkata, kesemua mangsa itu masih belum pulang kerana ada yang masih menunggu passport mereka dikembalikan semula.

“Rata-rata mangsa penipuan itu sudah pun pulang dan sekarang ini ada dalam 28 daripada mereka yang tidak pulang lagi.

“Ada yang sudah buat kenduri dikampung jadi mereka pun malu kalau balik,” katanya kepada Malakat Tribune.

Dalam pada itu, beradasarkan tinjauan yang dilakukan Malakat Tribune, rata-rata mangsa penipuan itu tidak mahu ditemu ramah kerana terlalu kecewa akibat ditipu oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab itu.

Terdahulu, hampir 400 bakal jemaah jaji terkandas di KLIA ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam tadi.

Kebanyakkan jemaah haji itu berdaftar dengan sebuah syarikat agensi pelancongan swasta bagi visa furada.

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dikeluarkan oleh Arab Saudi tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Tabung Haji (TH).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here