Mat Kilau: Kenapa hanya penyatuan Islam dan Melayu dilabel fasis?

0
105
Lukman Sheriff Alias

CYBERJAYA – Kritikan terhadap filem Mat Kilau sebagai sebuah filem bersifat rasis dan fasis seperti dilaporkan di dalam portal Malaysiakini adalah satu tuduhan melampau dan berniat jahat.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata, dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan filem itu sebagai dakyah bersifat perkauman adalah satu tindakan yang cuba mematikan penyatuan Melayu.

“Setuju dengan Dr Farami. Mkini (Malaysiakini) dan rasismanya.

“Ini sudah jadi selective racism. Mindset ini sebenarnya memilih, rasis dan juga Islamofobik dan nampaknya berleluasa di malaysia,” katanya mengulas mengenai,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel Terence Aaron bertajuk ‘Mat Kilau- An ethnonationalism film’ yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 5 Julai lalu.

Artikel yang turut dikongsikan Terence di media sosial itu menerima kecaman nitizen dengan lebih 1,500 perkongsian dan ratusan komen sebelum ruang komen ditutup.

Lukman Sheriff berkata, kandungan filem yang diinspirasikan daripada kisah benar perjuangan Mat Kilau itu seolah-olah sengaja diputar belit dan secara terbalik mahu ‘menyatukan’ tentangan terhadap orang Melayu.

“Naratif perkauman ini seringkali disalahgunakan ahli politik untuk mewujudkan ‘kepungan minda bersifat perkauman’ untuk menyatupadukan kaum lain bagi tujuan politik,” katanya.

Bahkan katanya, sekiranya isu-isu melibatkan tuntutan kaum lain tidak pernah dijadikan isu perkauman kaum Melayu, ‘layanan’ yang sama perlu diberikan kepada orang Melayu.

“Tulisan Terence ini sebenarnya melampau melabelkan filem ini fasis. Bandingannya dengan filem Hitler bukan sahaja tidak bertempat malah berniat jahat merendahkan nilai penyatuan kaum Melayu,” katanya.

Filem Mat Kilau terbitan Kembara Studio kini mengutip lebih RM53 selepas 13 hari tayangan menjadi filem tempatan dengan rekod kutipan tertinggi dalam sejarah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here