Mayat penganggur tergantung dalam perigi

0
21
Anggota bomba dan polis di lokasi penemuan mayat seorang penganggur di dalam sebuah telaga di Pasir Panjang, Port Dickson semalam.

PORT DICKSON – Mayat seorang lelaki ditemui tergantung di dalam perigi buta di sebuah kampung di Pasir Panjang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa berusia 66 tahun itu ditemui pada pukul 11 pagi dan hasil siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson bersama Pasukan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan si mati dijumpai tergantung di dalam perigi.

“Pemeriksaan awal setakat ini tidak menemui sebarang perlakuan jenayah dan dipercayai si mati cuba bunuh diri namun siasatan susulan daripada pelbagai sudut akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham menambah, siasatan awal juga mendapati si mati tidak bekerja dan mempunyai sejarah perubatan di Klinik Psikiatrik Hospital Port Dickson sejak tahun 2019 dan kali terakhir menjalani rawatan susulan adalah pada 7 Jun lalu.

“Bedah siasat akan dijalankan hari  bagi menentukan sebab kematian dan kes diklasifikasikan dahulu sebagai kematian mengejut,” katanya.

Katanya, individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here