Memandu tanpa lesen, polis sahkan saman ‘influencer’ permotoran terkenal

0
76
Polis sahkan saman ‘influencer’ permotoran terkenal

KUALA LUMPUR – Seorang ‘influencer’ permotoran terkenal disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu ketika ditahan dalam satu pemeriksaan di Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, lelaki berusia 20-an itu yang terkenal dalam media sosial TikTok ditahan ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi,” katanya.

Katanya, polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here