Menteri Kewangan, Menteri Kesihatan Britain letak jawatan tidak tahan skandal Perdana Menteri 

0
35
Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak (kanan) dan Menteri Kesihatan, Sajid Javid (kiri).

LONDON – Menteri Kewangan Britain,Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan, Sajid Javid meletak jawatan hari ini sekali gus memberikan petanda kempimpinan kerajaan Britain semakin goyah.

Perletakan jawatan mereka adalah disebabkan oleh kes-kes skandal yang membabitkan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.

Menurut Ketua Labour Party of the United Kingdom, Keir Starmer, pilihan raya umum perlu diadakan kerana sudah jelas bahawa kerajaan sudah tumbang.

“Parti Tory adalah sebuah parti yang korup dan melantik orang lain tidak akan mengubah apa-apa,” katanya.

Pengumuman perletakan jawatan itu dibuat beberapa minit selepas Johnson memohon maaf kerana melantik seorang Senior Conservative yang dituduh meraba dua orang lelaki yang berada dalam keadaan mabuk.

Dalam pada itu, Johnson telah menamakan Nadhim Zahawi sebagai Menteri Kewangan yang baharu manakala jawatan Menteri Kesihatan pula bakal digalas oleh Steve Barclay.

Terdahulu, Johnson dikatakan telah terlibat dengan pelbagai skandal termasuk kesalahan melanggar perintah berkurung dengan “berparti” di jalan Downing semasa pandemik Covid-19.

Perdana Menteri berusia 58 tahun itu juga masih lagi berdepan siasatan daripada Parlimen mengenai sama ada beliau menipu atau tidak susulan pelanggaran perintah berkurung itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here