MET Malaysia nafi kejadian 2 ribut bertembung bakal landa negara

0
27
Dakwaan yang tular di media sosial yang mendakwa negara bakal dilanda dua ribut bertembung

CYBERJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan penularan maklumat cuaca berkaitan dua ribut bertembung di tengah di pelbagai platform media sosial serta WhatsApp.

Menurutnya dalam satu kenyataan, maklumat yang ditularkan itu adalah palsu.

“Sistem tekanan rendah yang terbentuk di pantai timur India dijangka bergerak perlahan ke barat memasuki daratan India.

“Sistem ini akan menyebabkan tiupan angin yang kencang dan lembapan bertumpu di sekitar kawasan berkenaan dan tidak akan memberi kesan kepada negara kita,” katanya hari ini.

Berita palsu yang disahkan oleh MET Malaysia

Dalam pada itu, MET Malaysia menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here