Momen hari sukan penting dalam perkembangan minda kanak-kanak

0
7

CYBERJAYA – Momen sukan sekolah bakal menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan kanak-kanak yang sedang meningkat naik umur.

Timbalan Presiden Kumpulan Malakat Eco, Efizah Mohtar Rasali berkata, bagi kanak-kanak, momen tersebut mampu mempengaruhi minda mereka supaya menjadi insan yang sihat fizikal dan jasmani.

“Ada orang yang berkata, tak perlu buat perkara sebegini terutamanya kepada budak kecil, mereka bukannya tahu apa.

“(Acara) Ini merupakan sebahagian daripada perkembangan mereka. Anak tersebut mahukan ibu bapanya datang beri sokongan, ambil gambar; ini momen terbaik buat mereka,” kata Efizah, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada hari ketiga penganjuran Hari Sukan Brainy Bunch cawangan Lembah Klang di Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch di sini.

Dianggarkan kira-kira 4,000 pengunjung hadir pada hari ini.

Untuk rekod, penganjuran acara sukan ini terhenti lebih dua tahun sebelum ini akibat pandemik Covid-19.

“Mimik muka mereka memang tidak menunjukkan apa-apa, tetapi apabila dia habiskan aktiviti dan terima pingat, perasaan mereka berubah.

“Mereka sebenarnya berasa bangga dengan dengan pencapaian mereka, dan lebih manis ia dapat dikongsikan bersama dengan ibu bapa mereka. Jadi momen seperti ini memang berharga buat mereka,” kata Efizah lagi.

Efizah turut berterima kasih kepada semua warga kerja Brainy Bunch dan juga ibu bapa pelajar yang hadir menyertai kemeriahan pada hari ini.

“Alhamdulillah, cuaca pada pagi ini memang cantik, dan saya berterima kasih kepada semua tenaga kerja Brainy Bunch dan para ibu bapa di atas sokongan mereka,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here