Musim kemarau sudah bermula 

0
18
Gambar hiasan.

JAKARTA – Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) mengumumkan musim kemarau bagi negara di wilayah Asia Tenggara sudah bermula.

ASMC dalam satu kenyataan berkata, antara negara yang terkesan adalah termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan selatan Thailand.

“Musim kemarau dikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya dan berkemungkinan berlanjutan hingga Oktober 2022.

“Fenomena cuaca La Nina di Lautan Pasifik Khatulistiwa diramalkan akan terus melemah dan dijangka kekal tidak berubah sepanjang tahun ini.

“Fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD) dijangka membawa hujan lebat ke wilayah ini antara Julai dan Oktober 2022,” kata ASMC.

Selain itu, ASMC juga memberi amaran masih terdapat risiko kebakaran dan jerebu ketika cuaca kering dan panas yang berpanjangan untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

Oleh itu, ASMC menggesa rantau ini untuk terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengurangkan kejadian kebakaran hutan.

ASMC juga menjangkakan keadaan jerebu tahun ini tidak seburuk seperti 2015 dan 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here