OPR: Maybank selaras kenaikan BR, BLR mulai 8 Julai ini

0
14
Menara Maybank

KUALA LUMPUR – Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Julai ini, berikutan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.

Kadar Asas (BR) Maybank akan lebih tinggi daripada 2.00 peratus setahun (p.a) kepada 2.25 peratus p.a. manakala kadar Pinjaman Asas (BLR) akan dilaras daripada 5.65 peratus p.a kepada 5.90 peratus p.a, memetik laporan Harian Metro.

Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas juga akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.00 peratus p.a. kepada 2.25 peratus p.a. dan daripada 5.65 peratus p.a kepada 5.9 peratus p.a. masing-masing.

Semakan terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 13 Mei 2022 apabila ia dinaikkan daripada 1.75 peratus p.a. kepada 2.00 peratus p.a. berikutan kenaikan OPR dengan kuantum yang sama.

Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa tarikh sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here