Pakar bedah kongsi keajaiban Al-Quran

0
63
Dr. Gafoor

SEORANG doktor berkongsikan keajaiban kesan bacaan al-Quran terhadap seorang pesakit yang koma selepas pembedahan di sebuah hospital di Sabah.

Menurut doktor pakar bedah yang menggunakan nama Dr. Gafoor itu, kejadian tersebut berlaku kepada salah seorang pesakitnya yang koma selama kira-kira tiga minggu selepas terlibat dalam kemalangan.

Katanya, akibat pendarahan otak yang serius, pembedahan terhadap pesakit yang hanya mempunyai harapan ’50-50′ untuk hidup itu diteruskan selepas memdapat kebenaran ahli keluarga.

Bagaimanapun katanya, selepas pembedahan, pemuda yang dikenali sebagai Hamzah itu masih tidak menunjukkan perkembangan yang baik dan hanya bernafas melalui leher yang ditebuk.

Sepanjang pemantauan dilakukan, Dr. Gafoor berkongsikan kegigihan ibu pesakit berkenaan yang hadir setiap hari untuk membacakan al-Quran.

“Seingat saya, setiap hari ibunya akan datang dan duduk di sisinya membacakan al-Quran, biasanya selama sejam,” katanya.

Selepas minggu ketiga katanya, ketika melangkah untuk meninggalkan bilik rawatan beliau disapa oleh suara pesakit.

“En Hamzah bertanyakan berapa lama dia tidak sedarkan diri dan saya memberitahunya lebih kurang tiga minggu.

“Kemudian saya bertanyakan jika dia ingat apa-apa sepanjang tempoh itu. Dia kata tidak ingat apa kecuali rasa sakit dan sentiasa resah,” katanya.

Gambar hiasan mangsa koma selepas pembedahan otak.

Menurut Dr. Gafoor lagi, Hamzah mengaku dia cuba untuk keluar dari ‘keadaan’ itu tetapi tidak berdaya.

Bagaimanapun katanya Hamzah mendakwa dalam sehari akan ada waktu yang dia ‘bebas’ seketika daripada perasaan resah iaitu kira-kira sejam.

Berbekalkan kekuatan semangat yang meningkat hari ke hari, Hamzah mengaku dapat bangun dari koma.

“Saya tidak berkata apa-apa kepada Hamzah selain menceritakan kehadiran ibunya yang membacakan al-Quran pada setiap hari.

“Dia mengaku mengingati ketenangan seperti mendengar alunan Al-Quran dibacakan dan mengakui kenal suara ibunya,” katanya.

Kisah ini adalah pengakuan dari Dr. Gafoor. Malakat Tribune tidak bertanggungjawab di atas pendapat yang diutarakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here