Pasangan pelawak hina Islam rayu bantuan RM40,000 untuk ikat jamin

0
651
Siti Nuramira Abdullah dan Alexander Navin Vijayachandran sebelum ini dikenakan ikat jamin RM20,000 selepas didakwa di mahkamah.

CYBERJAYA – Pasangan pelawak yang didakwa menghina Islam, Siti Nuramira Abdullah dan Alexander Navin Vijayachandran merayu kepada orang ramai wang sebanyak RM40,000
bagi membantu mereka membayar wang jaminan selepas gagal melunaskannya sejak Rabu lalu.

Menurut peguam mereka, R Sivaraj, pihaknya akan melancarkan kempen ‘crowdfunding’ hari ini kerana ada pihak termasuk orang ramai yang menyatakan keinginan untuk menderma.

“Ramai orang telah menghubungi kami (peguam) (bertanya) mengenai pemberian derma.

“Kami memutuskan untuk menubuhkan inisiatif GoFundMe memandangkan tiada apa-apa yang berlaku selepas keluarga dan rakan mereka diberi masa dua hari,” katanya memetik laporan The Vibes.

Dalam pada itu, katanya, Siti Nuramira kini ditahan di Penjara Satelit Beranang manakala Alexander di Penjara Satelit Kuala Kubu Baru.

Beliau berkata, masing-masing sedang menunggu untuk dipindahkan ke Penjara Wanita Kajang dan Penjara Sungai Buloh.

Sementara itu, katanya, seorang peguam syariah telah dilantik untuk Siti Nuramira walaupun pihak berkuasa agama masih belum memfailkan pertuduhan.

Sivaraj turut memberitahu, buat masa ini, pasangan itu sedang bergelut untuk mengumpul dana yang diperlukan bagi membayar ikat jamin kerana peranti mudah alih dan kad bank belum dikembalikan kepada mereka.

“Rakan mereka cuba membantu tetapi memerlukan masa mengumpul wang berjumlah RM40,000,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here