Peluru sebabkan kematian wartawan al-Jazeera diserahkan kepada penyiasat AS

0
7
GAMBAR HIASAN

RAMALLAH – Peluru yang menyebabkan kematian wartawan veteran al-Jazeera, Shireen Abu Akleh telah diserahkan kepada Amerika Syarikat (AS)

Laporan agensi berita Palestin, WAFA menyebut, perkara itu disahkan sendiri oleh Peguam Negara Palestin, Akram Al-Khatib, semalam.

SHIREEN ABU AKLEH

“Kami bersetuju membenarkan pasukan pakar khas AS menjalankan pemeriksaan teknikal ke atas peluru itu dan bukti telah diserahkan kepada pasukan yang baru tiba di negara ini.

“Pemeriksaan itu akan dijalankan di kedutaan AS di Baitulmaqdis,” kata Al-Khatib.

Shireen, 51, ditembak mati ketika sedang membuat liputan serbuan tentera Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat pada Mei lalu.

Pihak Palestin mendakwa hasil siasatan dalaman mendapati Shireen ditembak dengan ‘sengaja’ oleh penembak tepat namun dinafikan Israel yang menyifatkannya sebagai “pembohongan secara terang-terangan.”

Israel turut meminta Palestin menyerahkan peluru itu untuk siasatan bersama, tetapi permintaan itu ditolak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here