Pemandu backhoe langgar kereta JPJ ditahan polis

0
45
Seorang pemandu backhoe melamggar kereta JPJ selepas tidak puas hati disaman semalam

KENINGAU – Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes menghalang dan menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam iaitu anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kejadian di Keningau, Sabah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Nor Rafidah Kasim berkata, polis menerima laporan kejadian itu pada pukul 6.32 petang semalam dan siasatan awal mendapati anggota JPJ Cawangan Keningau telah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan berat jenis pengorek kaut (backhoe) yang mencurigakan.

“Pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat kesalahan. Semasa saman hendak dikeluarkan pemandu yang berusia 60an itu tidak berpuas hati dan marah, dengan bertindak melanggar kenderaan pasukan JPJ yang dinaiki petugas hingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan tersebut.

“Petugas (JPJ) sempat menyelamatkan diri dan tiada kecederaan terhadap petugas semasa kejadian. Polis menahan pemandu lelaki tempatan itu dan merampas kenderaan ‘backhoe’ tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Nor Rafidah berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 186/353 dan 427 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu Nor Rafidah turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai video kejadian tersebut yang tular di media sosial, yang akan menggangu siasatan pihak polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here