Pemilik Crackhouse Comedy Club, Rizal van Geyzel ditahan polis

0
423
Rizal van Geyzel

KUALA LUMPUR – Polis menahan pelawak Rizal van Geyzel ditahan bagi membantu siasatan berkait tiga video yang dikatakan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Memetik laporan Free Malaysia Today, peguam Rizal, Ramkarpal Singh, berkata pengasas bersama Crackhouse Comedy Club itu ditahan di lokap Dang Wangi.

“Dia ditahan sekitar tengah hari tadi selepas memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi,” kata Ramkarpal kepada FMT.

Rizal akan dibawa ke mahkamah pagi esok untuk perintah reman.

Sementara itu, sumber polis mengesahkan bapa kepada empat anak itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 Bukit Aman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here