Pemilik Kelab Komedi Crackhouse selesai jalani reman, dibebaskan petang ini 

0
83
Pemilik Kelab Komedi Crackhouse Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Rizal Van Geyzel.

KUALA LUMPUR – Pemilik Kelab Komedi Crackhouse Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Rizal Van Geyzel bakal dibebaskan petang ini selepas selesai menjalani reman selama satu hari.

Menurut peguamnya, Ramkarpal Singh, Rizal, 39, bakal dibebaskan petang ini pada jam 6 atau 7 petang ini selepas selasai menjalani reman dan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Pegawai penyiasat telah meminta sebanyak empat hari bagi tempoh reman tapi kami telah pun membantah dan akhirnya mahkamah telah memberi satu hari reman untuk disiasat maksudnya dia akan dibebaskan hari ini,” katanya kepada Malakat Tribune di sini, hari ini.

Peguam, Ramkarpal Singh ditemu ramah di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Selain itu, Ramkarpal berkata, Rizal telah disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Dia disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berdasarkan tiga video,” tambahnya lagi.

Terdahulu, pemilik kelab komedi itu telah ditahan pada jam 2.30 petang semalam susulan penularan tiga klip video didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here